fbpx

Isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea jadi sasaran lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Anis Sofea yang mengundang spekulasi ramai dia kini berbadan dua.

PELIK juga Diva dengan netizen sejak kebelakangan ini. Semakin terperinci dan pantas apabila melakukan pemerhatian terutama terhadap golongan selebriti.

Pasangan selebriti juga tidak terlepas daripada pemerhatian netizen termasuklah isteri kepada Haqiem Rusli, Anis Sofea.

Sebelum ini dia kerap ditanya tentang isu kehamilan dan kini, menjadi sasaran lagi hanya kerana perutnya membuncit.

“Sudah ada ‘baby bump,” terjah seorang netizen.

Balas Sofea: “Bukan, baby buncitlah.”

Penat juga jadi perhatian tetapi semua itu boleh diangkat sebagai doa daripada peminat.

Bukan kali pertama Sofea kena begini, mungkin juga sudah lali. Lumrah apabila sudah terjebak dengan dunia glamor

Diva pelik juga, memang sekarang ini zaman wanita perut buncit dilabel sebagai sedang hamil ke? Diva pun buncit, tapi sebab banyak makan lah, bukan hamil!

DIVA: Paling kasihan dengan Bunga Citra Lestari. Perut buncit tetapi difitnah hamil anak Ariel Noah, tak baik sungguh mulut netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI