fbpx

Hawa Rizwana idolakan Neelofa tapi malu minta nasihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAWA RIZWANA kini secara rasmi menggantikan kerusi Neelofa dalam MeleTOP.

PETALING JAYA – Personaliti televisyen, Hawa Rizwana mengakui sangat mengidolakan selebriti terkenal, Neelofa namun berasa malu untuk meminta tunjuk ajar mahu pun pandangan daripada wanita yang berniqab itu.

Ujar Hawa atau nama lengkapnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, perasaan segan untuk meminta nasihat daripada Neelofa itu menebal dalam dirinya kerana menyifatkan figura itu sebagai seorang individu yang sangat berjaya.

“Saya malu sebenarnya untuk meminta nasihat daripada Neelofa walaupun saya berkawan dengan kakaknya, Bella (Noor Nabila). Kami pernah melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama.

“Kalau jumpa Neelofa di mana-mana majlis pun saya segan nak tegur. Jadi saya tidak pernah pun minta pandangannya untuk mengendalikan program MeleTOP,” katanya yang mengakui pernah berbual dengan Neelofa suatu ketika dahulu, namun hanya dalam masa singkat.

Hawa, 27, berharap dapat bertemu dan berbual panjang dengan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu suatu hari nanti.

“Kami pernah berbual sebelum ini tapi sangat sekejap. Kalau ada peluang, siapa yang tidak mahu bersembang dengannya (Neelofa),” kata Hawa.

Berbanding Neelofa yang pernah lapan tahun mengendalikan program MeleTOP, Hawa yang kini menggalas tugas berkenaan di sini Nabil Ahmad mengakui kepercayaan mengendalikan program berkenaan satu beban yang agak berat.

“MeleTOP sudah pun mencecah usia 10 tahun. Sebelum ini Nabil dan juga Neelofa sudah pun meletakkan MeleTOP pada satu kedudukan yang agak tinggi.

“Sebagai pengacara baharu, saya mengakui tugasan ini agak mencabar untuk saya galas. Namun saya bersyukur kerana diberikan peluang dan rezeki oleh Allah SWT dan akan melakukan tugas sehabis baik,” ujarnya.

Terdahulu, pada 1 November lalu, teka-teki hos terbaharu MeleTOP terjawab apabila Hawa diperkenalkan sebagai hos tetap program tersebut bersama Nabil Ahmad bagi menggantikan tempat Neelofa.

Kemunculan Hawa sebagai pengacara MeleTOP bagaimanapun menerima variasi respons penonton, dia bahkan dikritik terlalu skema di sisi

Sejak pengunduran Neelofa pada Disember 2019, MeleTOP tidak menemui pengacara tetap mengisi kekosongan Neelofa, sebaliknya hanya menampilkan hos jemputan pada setiap minggu.

Antara selebriti yang pernah digandingkan bersama Nabil sebelum ini ialah Uyaina Arshad, Elly Mazlein dan Sherry Alhadad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI