fbpx

Bersenam pun comel, Fify Azmi belanja ‘six pack’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI cemburu melihat bentuk fizikal Fify Azmi yang memiliki 'six pack'.

SUDAHLAH cantik, bentuk badan pun seksi. Siap ada pakej ‘perut berpetak’ lagi. Macam manalah peminat tak sayang dengan pelakon Fify Azmi.

Menerusi perkongsian aktres itu dalam Instagram baru-baru ini, Fify dilihat melakukan rutin senaman bagi mendapatkan bentuk tubuh menawan.

Rata-rata peminat cukup teruja dan kagum, mereka memuji bentuk tubuh Fify yang cantik selain memiliki ‘six pack’ pada perutnya.

Bukan senang nak dapatkan bentuk perut begitu kerana memerlukan usaha dan disiplin yang tinggi. Barulah boleh dapat perut berotot seperti Fify.

“Idola saya!” ujar seorang peminatnya.

“Wah! Siap ada ‘six pack abs’,” kata seorang lagi netizen.

“Mantap kak Fify,” ujar seorang pengguna Instagram.

Bukan itu sahaja, peminatnya juga memuji kecantikan pelakon itu masih terserlah walaupun ketika bersenam.

“Ada lesung pipit. Bersenam pun nampak comel,” puji seorang peminatnya.

“Kalau aku bersenam, tak tahulah muka jadi apa. Cantiknya Fify,” kata seorang lagi peminatnya.

Kalau ikutkan, Diva pun boleh jadi seperti Fify. Cuma Diva malas sebab nanti jadi rebutan ramai. Diva tak suka dikejar-kejar lelaki.

DIVA: Dengar cerita Sharifah Sakinah baru-baru ini pergi bercuti ke Jepun dengan suaminya. Dah berbaik semula ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI