fbpx

Tiga maut, seorang cedera kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 165.8 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di Maran hari ini.

MARAN – Tiga maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah kenderaan di Kilometer 165.8 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi itu kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mangsa terbabas ketika dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Terdapat tiga mangsa disahkan meninggal dunia manakala seorang mangsa mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa dihantar ke Hospital Maran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI