fbpx

Lebih 3,000 hadiri pengebumian ulama terkenal Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 3,000 hadiri pengebumian ulama terkenal Kedah

JERLUN – Jenazah ulama terkenal Kedah, Allahyarham Abdul Hamid Ismail atau dikenali sebagai Pak Su Mid, 96, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah di Ayer Hitam, dekat sini.

Allahyarham Pak Su Mid dikebumikan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Lebih 3,000 orang menghadiri majlis pengebumian Allahyarham.

Terdahulu, jenazah arwah disembahyangkan di Masjid An-Najjah pada pukul 11.15 pagi.

Beberapa pemimpin dilihat turut berada pada majlis pengebumian antaranya
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Turut hadir ialah penyandang Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kosmo! Online melaporkan ulama terkenal Kedah, Pak Su Mid meninggal dunia semalam dipercayai kerana sakit tua.

Difahamkan Allahyarham Abdul Hamid meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang semalam di sebuah hospital swasta di sini.

Pak Su Mid dilahirkan pada 1926 di Jerlun dan terkenal dengan kata-kata hikmahnya yang disampaikan secara mendalam dan penuh kiasan.

Antara amalan Allahyarham ialah tidak pernah meninggalkan puasa sunat sejak 30 tahun lepas dan sering berwuduk.

Antara kitab yang menjadi rujukan Pak Su Mid ialah, Hilyatul Auliyak, Futuhat Makkiyah Ibn Arabi dan Khozinatul Asror. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI