fbpx

Gadis akui jalani pembedahan kosmetik sejak sekolah rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zirazyo_ menjalani pembedahan sejak di sekolah rendah. - @Zirazyo_/Twitter

TOKYO – Seorang gadis di Jepun mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas mendedahkan bahawa dia telah menjalani pembedahan plastik sejak di bangku sekolah rendah dan membelanjakan lebih 10 juta yen (RM333,393) untuk menukar penampilannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Gadis dikenali sebagai Zirazyo_ itu ialah seorang pesohor media sosial di Jepun yang tular apabila mendedahkan bahawa penampilannya sekarang adalah hasil daripada pembedahan plastik.

Gadis itu memuat naik sebuah klip video di TikTok di mana dia mendakwa telah menjalani pembedahan kosmetik pertamanya semasa berada di gred 5 (10 atau 11 tahun). 

Dia mengaku bergelut dengan pelbagai kritikan mengenai pembedahan plastik itu seumur hidup. Dia berjuang untuk memecahkan stigma bahawa pembedahan plastik adalah perkara negatif.

Zirazyo_ turut mengaku bahawa kecomelan adik perempuannya mempengaruhi keputusan untuk dia menjalani pembedahan. 

Menurut Zirazyo_ , semasa berada di sekolah menengah, dia tidak mempunyai teman lelaki dan sering dibuli. Namun, selepas tiga pembedahan, penampilannya berubah dan pandangan orang terhadapnya juga lain.

Gadis berkenaan turut menasihati orang ramai untuk tidak membandingkan diri mereka dengan orang lain jika mahu kekal waras kerana media sosial  kini mampu membuatkan pengguna tertekan.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI