fbpx

Cemas lihat kereta ‘Civic ketam’ terjunam dalam ban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Honda Civic yang terjunam di dalam ban malam semalam dikatakan baru diangkat petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang usahawan makanan berkongsi detik cemas melihat kejadian sebuah kereta jenis Honda Civic yang digelar ‘Civic ketam’ terjunam ke dalam ban selepas merempuh kenderaannya di Kubang Semang, di sini malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Farhan Hanani, 28, berkata, kejadian pada pukul 10.20 malam itu berlaku berhampiran simpang di hadapan sebuah restoran semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Secara tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda Civic yang dipandu dari arah bertentangan sebelum melanggar kereta kami. Semasa itu hujan. Nasib baik sempat elak. Jadi, kereta kami okey, cuma langgar tayar belakang.

“(Tapi) masa itu hanya Allah yang tahu, jantung rasa nak gugur. Semasa turun daripada kereta tengok kereta (yang melanggar) terbabas ke dalam ‘ban busuk’. Airnya deras,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Farhan memberitahu, dalam keadaan panik dia menghubungi talian 999. Kebetulan orang ramai yang berada di lokasi kejadian membantu menyelamatkan mangsa keluar dari keretanya.

Wanita itu bersyukur kerana mangsa lelaki berbangsa Cina bersama dua anaknya selamat, tetapi kereta mereka dihanyutkan arus deras.

“Nasib (baik) kami naik kenderaan pacuan empat roda. Kalau tidak memang kami terjatuh parit dulu,” katanya yang pergi semula ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan semasa.

Tambah Farhan, ekoran kejadian itu, suaminya membuat laporan polis di Balai Trafik Seberang Perai Tengah pada pukul 10.18 pagi.

Terdahulu, sebuah video memaparkan sebuah kereta Honda Civic berwarna merah dibawa arus tular dalam media sosial sejak tengah malam tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI