fbpx

[VIDEO] Pemandu treler maut kemalangan lima kenderaan dekat Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 280 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari Nilai menghala ke Seremban di sini pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang pemandu lori treler maut dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 280 Lebuh Raya Utara-Selatan dari Nilai menghala ke Seremban di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd. Amin Mukhtar berkata, kemalangan pada pukul 11.43 pagi itu melibatkan dua buah treler, masing-masing sebuah kereta jenis Mitsubishi Outlander, BMW serta sebuah motosikal.

“Mangsa yang maut merupakan pemandu lori treler iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun, manakala empat mangsa dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Manakala dua lagi mangsa dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Amir, mangsa yang maut itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan itu dengan sebuah treler terbalik serta mangsa penunggang motosikal di atas jalan raya.

Perkembangan lanjut berhubung kejadian iu daripada pihak polis akan menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI