fbpx

Ular sawa kekenyangan telan aligator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aligator itu dikeluarkan daripada perut ular sawa sepanjang 548 sentimeter yang ditemui seorang pekerja di Taman Negara Everglades. – Instagram

TALLAHASSEE, FLORIDA – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan bangkai seekor aligator dikeluarkan daripada perut seekor ular sawa Burma yang ditangkap di negeri Florida, Amerika Syarikat, lapor laman berita Indiatimes semalam.

Berdasarkan klip video tersebut, aligator itu dikeluarkan daripada perut ular sawa sepanjang 548 sentimeter (sm), yang ditemui seorang pekerja di Taman Negara Everglades.

Seorang saintis, Rosie Moore kemudian berkongsikan video tersebut di laman Instagram.

“Ular sawa Burma (Python molurus bivittatus) adalah antara spesies ular terbesar di dunia. Panjangnya boleh mencapai  609 sm.

“Ular ini dibunuh oleh mereka yang menemuinya. Bangkai ular ini diserahkan kepada makmal penyelidikan untuk prosedur nekropsi dan pengumpulan sampel saintifik,” kata Moore dalam video tersebut.

Tambah Moore, ular sawa invasif yang merupakan pemangsa kepada mamalia lain dan reptilia kecil itu merupakan masalah yang besar di Everglades.

Menurut majalah National Geographic, ular sawa Burma adalah sejenis haiwan karnivor yang sebahagian besarnya memakan mamalia dan burung.

Namun ada antaranya yang didapati memakan makanan lebih besar seperti babi atau kambing. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI