fbpx

Jangan terpedaya janji cuti dua hari selepas PRU15 – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

BAGAN DATUK – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi supaya tidak terpedaya dengan janji cuti dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang kemudian menyebabkan mereka ‘bercuti panjang’ kerana hilang pendapatan atau pekerjaan.

Menurut beliau, jangan hanya kerana mahu memperoleh cuti dua hari ditawarkan Perikatan Nasional (PN) jika parti itu memperoleh kemenangan pada PRU15 ini, tetapi akhirnya mewujudkan suasana ketidakstabilan dan ‘ketidakmakmuran’ berpanjangan.

“Dulu pernah dapat cuti dua hari daripada PH (Pakatan Harapan) selepas PRU14, kesudahannya sebahagian rakyat dapat ‘cuti panjang’ disebabkan hilang pendapatan atau pekerjaan.

“Jadikan pengalaman kerosakan sosio ekonomi lalu sebagai iktibar apabila dihidangkan sekali lagi dengan tawaran yang sama oleh lawan BN,” ujar beliau dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Menurut beliau, BN memberi tawaran lebih menarik dalam manifestonya iaitu cuti bergaji pada hari lahir yang bersifat komprehensif dan berkesan dalam menjaga kebajikan serta mengiktiraf sumbangan golongan pekerja.

Beliau meminta pengundi tidak menggadai masa depan negara hanya kerana terpesona dengan cuti singkat 48 jam berbanding musibah terpaksa ditempuhi untuk tempoh yang lama.

Malah, beliau mendakwa bukan sehingga 48 jam sahaja tetapi jika lima jam pun sudah cukup untuk lawan BN menambahkan lagi kerosakan kepada negara.

Ahmad Zahid juga mengingatkan bahawa masa tidak menunggu rakyat negara ini kerana dunia diramalkan berdepan kemelesetan ekonomi dunia tahun depan.

Jelas beliau, Malaysia hampir pasti tidak terlepas daripada tempiasnya dan segala perancangan untuk mendepaninya perlu diperkukuh dan distabilkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI