fbpx

Perancis mahu jadi juara Piala Dunia di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DESCHAMPS telah mengumumkan skuad kebangsaan Perancis ke Piala Dunia Qatar 2022, namun sedikit tempang apabila tanpa kehadiran Pogba dan Kante akibat kecederaan.

PARIS – Perancis mempertaruhkan barisan 25 pemain terbaik yang diyakini mampu membantu Les Bleus mempertahankan kejuaraan pada Piala Dunia Qatar 2022 yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Senarai tersebut diumumkan ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps awal pagi semalam dengan beberapa pemain bertaraf bintang seperti Hugo Lloris, Raphael Varane, Kylian Mbappe dan pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema disenaraikan dalam skuad Les Bleus.

Menurut Deschamps, kecederaan dialami Varane dan Benzema baru-baru ini diharap tidak menjejaskan perancangan pasukan serta optimis kedua-dua bintang itu akan cergas sebelum aksi peringkat kumpulan bermula.

“Benzema masih cedera tetapi dia berusaha mendapatkan kecergasan penuh sebelum bermulanya Piala Dunia dan saya yakin dia akan 100 peratus pulih di Qatar nanti.

“Situasi sama dialami Varane tetapi saya telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa dia akan cergas sebelum aksi pembuka tirai menentang Australia pada 22 November ini.

“Secara keseluruhan, saya percaya dengan kemampuan semua 25 pemain yang dipanggil kali ini dan berharap mereka memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Perancis menjulang trofi Piala Dunia sebanyak dua kali dalam sejarah pada edisi 1998 dan mengulangi pencapaian sama pada 2018 dengan menewaskan Croatia 4-2 di pentas final di Rusia.

Namun, skuad Les Bleus sedikit tempang tanpa kehadiran dua tonggak tengah berpengaruh, Paul Pogba dan N’Golo Kante sehingga terpaksa mempertaruhkan muka baharu seperti Aurelien Tchouameni dan Eduardo Camavinga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI