fbpx

Pembenci Park Ha-sun terima hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK HA-SUN

MESKIPUN memiliki peribadi baik dan cantik, pelakon popular Park Ha-sun juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan netizen.

Pada Mac lalu, agensi aktres itu mengumumkan mereka telah mengambil tindakan terhadap komen-komen jahat terhadap Ha-sun.

Bercakap tentang perkembangan tindakan tersebut, aktres itu memberitahu, netizen yang meninggalkan komen jahat itu sudah pun menerima hukuman.

Tetapi apa yang mengejutkan, pelakon itu mendedahkan, ada antara individu terlibat pernah menjadi peminatnya suatu ketika dahulu.

Bahkan dalam kalangan penyebar fitnah dan mereka yang pernah meninggalkan komen buruk terhadapnya memiliki kerjaya yang bagus.

“Dalam ramai-ramai itu, ada yang bekerja sebagai profesor di universiti.

“Ada juga wanita berusia 30-an. Malah ada seorang lelaki tua yang sebenarnya dulu merupakan peminat saya,” dedahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI