fbpx

Budak 9 tahun lemas di Sungai Ibok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Muhammad Aman sebelum lemas di alur sungai berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Batu, Ibok, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang murid lelaki tahun tiga Sekolah Kebangsaan Ibok lemas ketika mandi bersama dua rakannya di kawasan alur sungai berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 9, Ibok di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mayat mangsa Muhammad Aman A. Suhimi, 9, ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang.

Bapanya, A. Suhimi Salleh, 58, mengakui terkejut selepas mengetahui insiden tersebut melalui seorang rakan anak bongsunya yang berlari meminta bantuan.

“Alur sungai itu cetek, namun paras air meningkat dan laju disebabkan hujan lebat sejak pagi semalam.

“Saya hanya nampak selipar anak di tebing sungai sebaik tiba di lokasi kejadian dan arus air sungai memang laju.

“Luluh hati saya apabila melihat mayat anak diusung penduduk kampung dibawa naik ke darat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan memberitahu, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Muhammad Aman sudah meninggal dunia.

“Saya menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau aktiviti anak masing-masing terutama sewaktu musim hujan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI