PETALING JAYA – Kemalangan yang melibatkan tiga buah kereta berjenama Myvi dan bewarna putih semalam disifatkan sesuatu yang unik sekali gus
berjaya menghibur netizen.
Kejadian yang serius itu bertukar menjadi menarik susulan ia melibatkan kenderaan yang memiliki jenama dan warna yang sama sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok.
“Bagaimana agaknya hendak diterangkan kejadian ini jika masuk mahkamah.
Mula-mula Myvi putih hendak memotong Myvi putih, tiba-tiba Myvi putih yang datang entah dari mana terlanggar Myvi putih,” ujar seorang di media sosial itu.
“Masya-Allah. Jika sudah memang jodoh, tidak akan kemana dan pasti akan bertemu juga,” seloroh seorang lagi netizen.
“Adik-beradik, kalau bergaduh memang seperti ini. Masing-masing enggan mengalah,” kata seorang pengguna lagi.
Dalam pada itu, terdapat juga pengguna yang mendoakan mereka dan meminta para pemandu untuk sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan perkara buruk seperti ini berulang.
“Semoga dipermudahkan segala urusan anda semua. Kita tidak mahu benda seperti ini berlaku tetapi ia sudah tertulis,” komen seorang pengguna.
Video tular yang dimuatnaik oleh Muhd Taufiqq di TikTok itu seterusnya berjaya meraih sebanyak 669,100 jumlah tontonan dan 53,000 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE