fbpx

Wanita cedera parah tersepit, nahas bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Proton Wira yang remuk teruk bertembung dengan treler di kilometer 27, Jalan Seremban Tampin, dekat Kampung Batu Nunggul, di sini, pukul 5.45 pagi tadi. - IHSAN MEDIA SOSIAL

REMBAU – Seorang wanita cedera parah apabila kereta yang dipandunya bertembung sebuah treler di kilometer 27, Jalan Seremban Tampin, dekat Kampung Batu Nunggul, di sini, pukul 5.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, nahas berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Wira dari arah Tampin menghala ke Seremban, manakala treler jenis Nissan pula dari arah bertentangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta cuba memotong kenderaan di hadapannya iaitu di laluan garisan berkembar tetapi tidak berjaya lalu bertembung dengan treler di laluan bertentangan.

“Pemandu kereta iaitu wanita berusia 48 tahun yang bekerja kilang telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tangan, manakala pemandu treler berusia 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Mangsa yang cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Rembau bagi rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Kota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI