fbpx

Isteri kena maki minta duit suami beli susu, lampin anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Empat tahun berumah tangga, namun suami tidak pernah memberikan nafkah dengan alasan gaji yang diterima tidak mencukupi.

Bukan itu sahaja, si isteri akan dimaki suaminya jika meminta nafkah tersebut, bahkan keperluan untuk anak seperti susu dan lampin pakai buang juga tidak pernah dibeli.

Itu ujian rumah tangga dihadapi seorang wanita yang meluahkan masalah tersebut pada Facebook Luahan Hati Seorang Isteri.

Luahan hati seorang wanita berhubung suami enggan bayar nafkah pada hantaran Facebook Luahan Hati Seorang Isteri.

“Selama berkahwin, suami tidak pernah sekalipun beri nafkah dan saya pernah minta, tapi dimakinya saya. Dengan alasan gaji tidak cukup, dia punya gaji tambah bayaran kerja lebih masa RM2,000.

“Barang susu dan lampin pakai buang pun dia tak beli, rumah sewa pun tak bayar sebab saya tinggal dengan bapa saudara (duda tiada anak). Bapa saudara saya memang balik kerja, mandi, makan dan tidur.

“Pagi esoknya bapa saudara pergi kerja dan dia memang tiada di rumah. Saya ibarat macam menumpang dengan bapa saudara, nasib baik dia tidak ada pun nak tanya berkenaan rumah sewa,” katanya pada luahan tersebut.

Dalam pada itu, wanita tersebut malu, malah setiap bulan akan meminta maaf kepada bapa saudaranya.

“Bapa saudara cakap, ‘tidak mengapalah’ dan dia anggap ini pertolongannya untuk saya dan anak-anak. Saya macam pengemis, meminta duit untuk beli barang dapur. Ibu dan abang saya yang selalu tolong saya.

“Boleh kata kami (suami isteri) setiap hari bergaduh, saya sampai tertekan dan putus asa dengan perkahwinan kami. Saya sudah ambil keputusan untuk menuntut fasakh, doakan semoga lancar dan dipermudahkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI