fbpx

PRU15: Nasib belia tetap diberi tumpuan – Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUAR beramah mesra dengan kumpulan pelatih Pusat Giat Mara Sepang ketika lawatan di Pekan Salak, di sini hari ini. - Foto AMREE AHMAD

SEPANG – Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan suara golongan belia meskipun golongan itu sering memberikan komen negatif kepada kerajaan menerusi media sosial.

Calon BN untuk kerusi Parlimen Sepang, Anuar Basiran berkata, parti itu malah tidak akan mengenepikan kelompok tersebut jika menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

“Alhamdulillah saya sendiri sebelum menyertai arena politik, pernah terlibat secara langsung dengan organisasi belia dan amat memahami aspirasi mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Pusat Giat Mara Sepang yang terletak di Pekan Salak di sini sambil beramah mesra dengan para pelatih daripada pelbagai kursus ditawarkan.

Mengulas lanjut, beliau turut memberi jaminan bahawa BN akan memastikan nasib anak muda kerana masa depan negara amat bergantung kepada golongan belia pada masa ini.

Anuar menambah, parti berkenaan juga tidak pernah mendiskriminasi generasi muda kerana sebahagian besar pengundi dan penyokong kuat BN di kawasan Sepang juga ialah belia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI