fbpx

Paluan kompang di hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pemuda yang terkedu dan terharu sewaktu menerima kejutan paluan kompang di hari lahirnya.

PETALING JAYA – Hari lahir biasanya disambut meriah dengan nyanyian ‘selamat ulang tahun’ tetapi berbeza pula dengan seorang pemuda berbangsa Cina yang mendapat paluan kompang sempena hari lahirnya.

Keunikan sambutan hari lahir dalam video tular tersebut seterusnya berjaya meraih pelbagai reaksi dan komen daripada netizen di Twitter.

“Saya berasa sangat bangga. Rakannya boleh mencari dan mendapat perkhidmatan daripada orang Melayu semata-mata untuk memberi kejutan kepada pemuda berkenaan,” komen seorang pengguna.

“Seronoknya. Sambutan hari lahir saya hanya dapat ucapan sahaja dan ada juga yang minta alamat kata hendak memberikan hadiah. Tapi sehingga hari ini tidak dapat apa-apa,” ujar seorang warganet.

Terdapat juga pengguna media sosial berkenaan yang menyifatkan sambutan itu sebagai satu tindakan yang bijaksana dan pemikiran yang diluar kotak.

“Saya melihat ramai masyarakat bukan melayu menyifatkan tindakan itu tindakan yang tidak menghormati. Saya sendiri sebagai orang Melayu, merasakan ia sesuatu yang menarik, dan mengagumkan.

“Meskipun berbangsa Cina, mereka tetap memilih budaya masyarakat melayu untuk membuat kejutan tersebut sekali gus membuktikan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita,” ujar seorang pengguna Twitter.

“Kawan-kawan, saya juga mahukan majlis seperti ini. Setakat menyambut ulang tahun dengan membaling tepung, lupakan,” seloroh seorang netizen lain.

Video berdurasi dua minit tujuh saat yang dimuat naik oleh @isusemasaviral itu memperlihatkan seorang pemuda berbangsa Cina yang kebinggungan dengan kemunculan sekumpulan pemuda bersongkok memukul kompang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI