fbpx

Fatin Afeefa, Adam Shahz berdamailah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN sudah bertahun berpisah tetapi hubungan Fatin Afeefa dan Adam Shahz masih hangat gara-gara isu membabitkan nafkah anak.

KEMELUT antara pelakon, Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz sudah seperti telenovela Sepanyol yang bagai tiada penghujung apabila masing-masing dilihat semakin galak berbalas sindiran.

Nampaknya, perceraian bukan jalan terbaik mereka menyelesaikan masalah.

Sampaikan ketika masing-masing sudah pun bergelar bekas suami dan isteri, laman maya menjadi gelanggang mereka meluahkan perasaan tentang isu nafkah anak selain hak penjagaan si kecil, Ivy Herra Sophia.

Mizz Lahar pun pelik, kenapalah benda-benda dalam kain dilondehkan kepada umum.

Bukankah senang guna telefon untuk masing-masing berbincang kalau berasakan bertemu empat mata hanya menambah sesak di dada.

Ramai juga pasangan selebriti lain pernah berdepan situasi sama, bercerai dan berbalah dek pelbagai isu. Tetapi ada yang menyimpan sendiri hal dalam kain atau kisah mereka cuma terdedah beberapa tahun selepas itu.

Cuba tengok wajah anak, tarik nafas dalam-dalam kemudian kenang saki-baki nostalgia manis yang masih bersisa dalam kotak ingatan. Buang ego, selesaikan sebarang ketidakpuasan hati dengan matang.

Jangan 10 tahun nanti bila anak sudah boleh membaca dan ‘google’ nama mak ayah, keluar cerita gaduh berbanding kisah manis.

Mizz Lahar: Ada pula artis yang pertahankan perkahwinan demi anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI