fbpx

BAM berdepan isu visa ke Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG dijangka menerima kesan jika gagal beraksi pada Terbuka Australia kerana mahu me­nempatkan diri dalam kelompok 32 teratas ranking BWF menjelang hujung tahun ini.

PROSES birokrasi yang dihadapi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mendapatkan visa kemasukan ke Australia sedikit sebanyak mengganggu persiapan pasukan bagi menghadapi kejohanan Terbuka Australia yang dijadualkan bermula 15 November ini.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann berkata, setakat ini masih belum ada keputusan berhubung status permohonan mereka bagi mendapatkan visa kemasukan ke negara ber­kenaan.

Keadaan itu pastinya memberi kesan terhadap misi perseorangan lelaki kebangsaan, Ng Tze Yong yang mahu me­nempatkan diri dalam kelompok 32 teratas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjelang hujung tahun ini.

Kedudukan ranking itu dianggap penting bagi membolehkan Tze Yong menyertai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 dan BAM mahu pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu beraksi pada Terbuka Malaysia Januari depan.

“Kita ada pelan sokongan jika Tze Yong tidak dapat pergi ke Terbuka Australia, iaitu kejohanan IC (Cabaran Antarabangsa) di Bahrain. Belum ada sebarang keputusan (permohonan visa), kita cuba yang terbaik sahaja.

“Saya fikir situasi ini mungkin disebabkan faktor lain selepas Covid. Sebelum ini agak senang kerana permohonan dibuat secara dalam talian, namun sekarang mereka perlukan cap jari, jadi kita perlu akur,” kata Choong Hann.

Bekas pemain No.1 dunia itu turut menjelaskan, perkara sama pernah berlaku sebelum ini ketika pemain-pemain ju­nior dalam persiapan ke Ukraine dan Latvia, namun kebiasaannya permohonan visa itu diluluskan.

Sekiranya dapat beraksi pada Terbuka Australia nanti, Tze Yong perlu mara sejauh mungkin bagi memperbaiki kedudukan ranking memandangkan dia sedang menghuni tangga ke-34 dunia ketika ini.

Selain Tze Yong, antara pemain yang dijangka menggalas nama Malaysia pada kejohanan Super 300 itu adalah Leong Jun Hao, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Soong Joo Ven, Liew Daren, Cheam June Wei serta perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI