fbpx

PRU15: Kain rentang Mohamed Khaled dikoyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAIN rentang memaparkan gambar calon BN Parlimen Kota Tinggi, Mohamed Khaled yang koyak akibat perbuatan khianat.

KOTA TINGGI – Polis Kota Tinggi menerima laporan khianat terhadap kain rentang digantung memaparkan gambar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kampung Gembut, Tanjung Sedili malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata laporan diterima pada pukul 12.01 pagi dimana hasil siasatan mendapati banner tersebut telah digantung pada tiang elektrik dan tiang papan tanda tepi simpang Jalan Klinik, setinggi enam kaki

Katanya, bagaimanapun suspek yang melakukan perbuatan itu masih belum dapat dikenal pasti.

“Pihak polis sentiasa melakukan pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan tempat kejadian dan seluruh daerah Kota Tinggi bagi memantau aktiviti jenayah seumpama ini tidak berlaku lagi.

“Pihak polis juga ingin menasihati kepada mana-mana individu atau kumpulan supaya tidak mencetuskan provokasi yang akan menganggu gugat keamanan daerah Kota Tinggi,” katanya di sini hari ini.

Hussin berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI