fbpx

Wanita jatuh tergolek atas jalan semasa tendang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut hilang keseimbangan lalu jatuh bergolek di atas jalan raya tanpa disedari lelaki yang menunggang motosikal itu. – Reddit

NEW DELHI – Sebuah video tular di media sosial India memaparkan seorang pembonceng motosikal terjatuh di atas jalan raya selepas menendang sebuah motosikal lain yang dinaiki oleh seorang wanita, lapor stesen penyiaran NDTV hari ini.

Dalam video tersebut, pembonceng yang juga seorang wanita itu dilihat menaiki motosikal bersama seorang lelaki di lokasi yang tidak dinyatakan.

Di sebelah mereka, seorang penunggang wanita lain dilihat bergerak seiring, sebelum pembonceng tersebut menendang ke arah kenderaan itu.

Dia bagaimanapun hilang keseimbangan lalu jatuh bergolek di atas jalan raya tanpa disedari lelaki yang menunggang motosikal itu.

Dalam masa sama, penunggang motosikal yang ditendang  meneruskan perjalanannya seperti biasa tanpa menghiraukan wanita tersebut.

Tidak dinyatakan keadaan wanita tersebut selepas dia terjatuh di atas jalan.

Namun, apa yang pasti, video itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa ‘puas hati’ dan menyifatkan kejadian itu sebagai balasan setimpal.

“Pembalasan  berlaku dengan pantas. Dia menerima balasan atas perbuataannya,” kata seorang netizen.

“Beg galas itu menyelamatkannya,” kata seorang lagi pengguna media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI