fbpx

Geng Deva pecah rumah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan ( depan) bersama peralatan jenayah Geng Deva yang dirampas polis.

KUALA LANGAT – Kejahatan Geng Deva yang aktif melakukan pecah rumah sejak tiga bulan lalu berakhir selepas menahan tiga lelaki termasuk ketuanya di sekitar Telok Panglima Garang, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 30 tahun ditangkap pada 3 dan 4 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, penangkapan mereka susulan laporan polis diterima daripada seorang wanita merupakan pekerja kilang berusia 69 tahun menyatakan rumahnya di Taman Dato Hormat telah dipecah masuk oleh beberapa individu tidak dikenali pada 2 November lalu.

Katanya, antara barangan mangsa yang hilang termasuk wang berjumlah RM600 dan seutas gelang jed asli dan satu set subang emas putih, dua telefon bimbit jenama Vivo.

“Bertindak maklumat, polis kemudiannya berjaya menangkap seorang lelaki yang merupakan ketua geng tersebut sebelum menahan dua lagi ahlinya.

“Polis juga berjaya menemui sejumlah barangan disyaki hasil daripada kegiatan pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, siasatan mendapati geng itu aktif sejak tiga bulan lalu dengan jenayah mereka telah menyebabkan kerugian kira-kira RM30,000.

Tambah Ahmad Ridhwan, hasil penangkapan itu polis percaya telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya kes pecah rumah.

“Semakan mendapati ketiga-ketiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

“Mereka kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI