fbpx

COOX tambah cawangan di kampus Taylor’s Lakeside

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pereka Grafik COOX, Elleesa Marican menunjukkan aplikasi tempahan makanan COOX pada majlis pelancaran COOX di Kampus Taylor's di sini, hari ini.

PETALING JAYA – Penyedia perkhidmatan dapur awanan (cloud kitchen), COOX, merasmikan pembukaan cawangan kedua ‘COOX Kitchens’ di kampus Taylor’s Lakeside, di sini hari ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) COOX, Ken Lee berkata, ia antara strategi COOX menjadi peneraju bagi pasaran penyelesaian ruang dapur di Malaysia.

“COOX Kitchens di Taylor’s beroperasi sejak Mei dan menawarkan pemilik perniagaan makanan dan minuman penyelesaian holistik bagi kos lebih rendah untuk memulakan perniagaan.

“Ia mempunyai 16 dapur serba lengkap dan menyediakan variasi makanan kepada pelajar dan penduduk di sekitar,” katanya ketika majlis pelancaran COOX di Kampus Taylor’s Lakeside, di sini hari ini.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pengasas Bersama COOX, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya lagi, COOX Kitchens kini secara tidak langsung dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja.

Dalam masa kurang dua tahun, COOX kini memiliki empat cawangan di seluruh Lembah Klang antaranya di VERVE® Shops Mont Kiara dan Bandar Baru Sri Petaling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI