fbpx

Zikri pegang rekod kebangsaan tiga acara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIKRI

LUMPUH separuh badan tidak mematahkan semangat atlet olahraga negara, Mohammad Zikri Zakaria selepas dia kini bergelar pemegang rekod kebangsaan tiga acara bagi kategori F55 (berkerusi roda) pada temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) 2022 semalam.

Menurutnya, dia terpaksa mengambil masa setahun untuk kembali mendapat semangat selepas insiden malang apabila terjatuh dari tingkat dua asrama sekolahnya ketika meraikan hari kelahiran salah seorang rakan kira-kira lapan 10 tahun lalu.

Zikri yang kini berusia 23 tahun mengakui gembira kerana dia melakar kejayaan tersebut di hadapan keluarganya selepas melakukan catatan 22.75 meter (m) untuk acara lempar cakera sekali gus menjadi rekod baharu kebangsaan pada Para Sukma semalam.

“Semua itu silap saya. Saya yang nakal waktu sekolah dulu. Saya lumpuh separuh badan ini pun sebab saya terjatuh ketika cuba berlari di laluan koridor sebelum saya tergelincir dari tingkat dua bangunan asrama kira-kira lapan tahun lalu.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Cikgu Nazri dan Cikgu Irwan yang membuka jalan kepada saya menyertai sukan ini. Tidak lupa kepada abang saya yang banyak berkorban untuk saya. 

“Selain itu, kejayaan pada hari ini mungkin berkat bantuan jurulatih saya Asyraf Zahri yang banyak memperbaiki teknik balingan dan dia sangat tahu kelemahan saya,” katanya.

Selain lempar cakera, Zikri turut cemerlang apabila menyapu dua lagi emas dalam acara lontar peluru serta merejam lembing dan turut memecah rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam kedua-dua acara tersebut.

Bagi acara lontar peluru Zikri menyempurnakan lontaran sejauh 9.61 meter sekali gus mengatasi rekod lama rekod lama 7.26m, manakala, merejam lembing atlet itu melakukan rejaman sejauh 20.97m dan turut memperbaharui rekod lama 18.26m.

Lebih manis, Zikri juga memecah rekod Para Asean dalam acara lontar peluru dengan lontaran 9.05 meter di Solo, Indonesia, baru-baru ini. Hasil keputusan itu, Zikri tekad untuk bekerja keras terutama ingin mempertahankan pingat emas di Kemboja, tahun depan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI