fbpx

Tuah Lelaki Ini buat Jaclyn Victor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaclyn Victor tampil menyanyikan lagu ‘Lelaki Ini’ nyanyian asal Anuar Zain

PETALING JAYA – Persembahan cemerlang sebagai penutup gelanggang Gegar Vaganza minggu ke-8 oleh Jaclyn Victor berjaya memukau penonton.

Tampil dengan busana unik sambil mendendangkan lagu ‘Lelaki Ini’ nyanyian asal Anuar Zain nyata beri kepuasan kepada penonton dengan meraih pelbagai pujian di media sosial.

Selain itu, persembahan oleh Jaclyn itu telah mendapat sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang berada di auditorium serta mendapat komen yang positif daripada juri tetap iaitu Hetty Koes Endang.

Menjengah di platform Twitter, rata-rata netizen memberikan pujian melambung kepada penyanyi bersuara lantang itu dan menyifatkan persembahan beliau berjaya.

“Jaclyn Victor buat lagu Anuar Zain macam lagu dia, persembahan penutup yang memukau dengan vokal yang mantap. Penutup yang baik,” ciap seorang netizen.

“Lelaki Ini sangat sinonim dengan Anuar Zain, suara Jaclyn Victor sangat sesuai dengan lagu ini dan membuatkan lagu ini lebih beremosi ditambah pula dengan suara serak basah beliau. Suka sangat versi Jaclyn,” ciap seorang lagi netizen.

“Campaklah lagu apapun untuk Jaclyn, dia akan nyanyikannya semudah A B C, persembahan penutup yang cukup sempurna untuk menutup tirai GV minggu kelapan,” ciap netizen yang lainnya.

Bekas juara Malaysia Idol itu telah memperoleh markah tertinggi sekali gus meletakkan dirinya sebagai juara untuk minggu kelapan dan mara untuk bertarung ke minggu seterusnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI