fbpx

Tawaran ‘PN Best’ realistik dan bukan janji kosong – Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) menyifatkan tawaran ‘PN Best’ yang diketengahkan gabungan itu amat realistik, bukan janji kosong dan mampu dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tawaran PN, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia satu tawaran yang menyeluruh dan meliputi pelbagai segmen serta kumpulan masyarakat.

Beliau yang juga calon PN P.125 Putrajaya berkata, ketika di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, PN mempunyai rekod pemerintahan yang baik.

“Kita mempunyai rekod pengurusan dan pentadbiran yang baik ketika bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin walaupun ketika itu kita tidak menjanjikan sebarang tawaran.

“Tiada sebarang tawaran pun pada waktu itu tapi kita berjaya memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi yang mana manfaatnya dapat dinikmati sehingga kini,” katanya selepas meninjau pelaksanaan pengeluaran undi pos P125 Putrajaya di Dewan Utama, Pusat Kejiranan Presint 9, di sini pagi tadi.

Ujar beliau, Muhyiddin memimpin kerajaan dalam tempoh paling sukar dalam sejarah negara iaitu ketika berdepan pandemik Covid-19.

Radzi berkata, PN tidak bersikap ‘main-main’ dalam memperkenalkan tawaran PN Best itu kerana ia telah mengambil kira pelbagai aspek bagi memastikan ia mampu dilaksanakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI