fbpx

PRU15: Tun M demam jika saya naik jadi PM nanti – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada Jelajah Mega Harapan di pekarangan Ekspo Seberang Jaya, di sini malam tadi.

SEBERANG PERAI – “Beliau orang pertama demam kalau saya naik jadi PM 20 haribulan nanti”.

Demikian sindiran sinis Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merujuk kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya namanya diumum sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Walau bagaimanapun, saya tetap mendoakan beliau sentiasa sihat,” selorohnya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan di pekarangan Ekspo Seberang Jaya, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar turut menentapkan hasrat yang parti itu mampu memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dalam PRU15.

Anwar yang mengambil risiko besar bertanding di Parlimen Tambun berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kemenangan dapat berpihak kepada PH.

“Di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, kubu-kubu kita kekal kuat dan saya akan bawa obor menyerang Perak untuk meluaskan kuasa gabungan parti kita.

“Insya Allah, kita dapat sekurang-kurangnya 112 kerusi tetapi kubu kita di Permatang Pauh, Batu Kawan dan Nibong Tebal kena kekal (menang).

“Dua kawasan yang tidak berhasil (Kepala Batas dan Tasek Gelugor) mesti kita tawan bagi membolehkan kita jadi pemerintah dan boleh saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 20 November nanti,” ujarnya.

Hadir sama ialah Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) bersama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI