fbpx

Mahkamah: Jho Low gelar Najib `Optimus Prime’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jho Low (kiri), Najib Razak

KUALA LUMPUR – `Optimus Prime’ iaitu salah satu watak dalam filem aksi `Transformers’ merupakan gelaran yang dirujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam urusan pengendalian transaksi wang dalam akaun peribadi beliau di AmBank.

Gelaran itu yang digunakan oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low pernah disebut ketika perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri.

`Optimus Prime’ yang menggunakan singkatan `OP’ turut dibangkitkan pada perbicaraan rasuah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang didengar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu berkata, gelaran dan singkatan nama `OP’ itu digunakan oleh Jho Low ketika bertukar-tukar pesanan ringkas Blackberry dengannya.

Menurut Joanna, 51, Jho Low memberitahunya bahawa `OP’ mungkin akan menutup akaun peribadi beliau pada Disember 2014.

Nama gelaran dan singkatan itu dibangkitkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika menyoal saksi pendakwaan ke-41 pada sesi pemeriksaan utama.

Joanna memberikan keterangan terhadap Najib, 69 yang menghadapi pertuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI