fbpx

Mahkamah: Bicara kes saman kerajaan terhadap NFC diteruskan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes bicara saman Kerajaan Malaysia terhadap National Feedlot Corporation (NFC) untuk mendapatkan semula kira-kira RM250 juta pembayaran pinjaman dan faedah daripada syarikat itu, akan diteruskan di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Ia berikutan Hakim Anand Ponnudurai yang kini bertugas di Pulau Pinang menolak permohonan pihak-pihak untuk menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya didengar hari ini.

Menurut hakim itu, mahkamah telah mendengar enam saksi plaintif dan seorang saksi defendan.

“Demi kepentingan pentadbiran keadilan, kes ini akan didengar esok,” kata hakim itu.

Justeru perbicaraan yang dijadualkan diteruskan esok dan akan berjalan sepanjang minggu ini dengan Pengerusi NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail yang merupakan saksi kedua defendan bersedia untuk memberi keterangan.

Terdahulu semasa prosiding Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan memohon menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya didengar hari ini bagi pihak terlibat mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Sementara, peguam NFC, Datuk K. Kirubakaran turut memohon penangguhan perbicaraan atas alasan pihak-pihak sedang berunding untuk penyelesaian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI