fbpx

Rexy akui merisik-risik Gunawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REXY mendedahkan sahabatnya, Gunawan tidak ada sebarang halangan untuk menggalas tugas sebagai ketua jurulatih pasukan beregu campuran. - AFP

PENGARAH Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky mengesahkan beliau ada berbincang dengan juara dunia dua kali, Tony Gunawan berhubung jawatan ketua jurulatih beregu campuran.

Beliau tampil menjelaskan situasi sebenar selepas ada spekulasi mengatakan bekas pemain Indonesia itu merupakan antara calon terbaik bagi mengisi kekosongan yang ada dalam skuad beregu campuran negara.

Rexy berkata, perbincangan antara beliau dan Gunawan hanyalah lebih kepada perbualan sebagai bekas rakan sepasukan, namun turut menyentuh mengenai khidmat ketua jurulatih beregu campuran yang diperlukan BAM.

“Mengenai perbincangan dengan Tony (Gunawan), ketika itu saya berada di rumah dan kami hanya berhubung menerusi mesej. Kami sekadar bertanya khabar masing-masing selain perkembangan semasa.

“Setakat ini, dia ada menguruskan akademi di Amerika Syarikat (AS) dan ia berjalan sangat baik. Memang benar BAM dalam proses mencari jurulatih tetapi ia bukanlah tugas mudah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Pada masa sama, Rexy juga berkata, Gunawan sedia mencuba pengalaman baharu selain tiada sebarang masalah untuk bekerjasama kerana beliau tidak ada sebarang halangan untuk menggalas tugas sebagai ketua jurulatih.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Kenny Goh berharap semua pihak bersabar memandangkan pelantikan jurulatih memerlukan proses-proses tertentu bagi mendapatkan calon terbaik.

“Seperti yang disebutkan, kami masih yakin dengan program Rexy untuk pasukan beregu campuran selain ada (Teo) Kok Siang yang membantu di sana. Jurulatih baharu mungkin akan masuk hujung tahun ini atau awal tahun depan,” ujarnya.

Sebagai rekod, BAM masih belum menggantikan ketua jurulatih terdahulu, Paulus Firman yang mengambil keputusan meninggalkan pasukan April lalu atas alasan mahu memberikan lebih tumpuan kepada keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI