fbpx

PRU15: Tak mustahil ‘underdog’ mampu tumpaskan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZALI ketika ditemui selepas selepas menghantar borang penamaan calon di Parlimen Pagoh, Muar, Johor hari ini.

MUAR – Meskipun dilabelkan sebagai pasukan ‘underdog’, Barisan Nasional (BN) yakin tidak mustahil untuk menjatuhkan calon ‘heavyweight’, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen Pagoh.

Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, BN tetap memiliki peluang untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menegaskan apa yang penting ketika ini adalah memperkemaskan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja bagi mencapai kemenangan.

“Dalam pilihan raya, tidak ada orang boleh beritahu pada hari pencalonan siapa boleh menang. Perasaan pasukan yang bertanding pun, semua mahukan kemenangan.

“Walaupun di sini (Parlimen Pagoh) kita ‘underdog’ dan bukan penyandang, ia memberikan kita galakan untuk lebih bersemangat bekerja,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI