fbpx

Konsert NCT 127 dihentikan selepas 30 penonton pengsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NCT

JAKARTA – Pihak polis terpaksa menghentikan konsert NCT 127 yang berlangsung di Indonesia Convention Exhibition (ICE) selepas kira-kira 30 penonton pengsan.

Perkara itu disahkan jurucakap polis, Zulpan yang memberitahu konsert hari pertama itu dihentikan sekitar pukul 9.20 malam Jumaat.

“Ya konsert NCT di Tengerang dihentikan oleh pihak polis.

“Mereka ingin bertolak-tolak mahu dekat dengan panggung, mungkin akhirnya jatuh dan pengsan. Kira-kira 30 orang yang dilaporkan pengsan,” ujarnya.

Zulpan berkata, konsert tersebut berbaki 30 minit namun dihentikan atas dasar keselamatan penonton.

“Acara sudah berlangsung 2 jam 20 minit namun situasi semakin parah dan pihak polis mengambil keputusan menghentikan konsert itu bagi menghindari kemalangan lebih teruk,” ujarnya.

Konsert NCT 127: 2nd Tour Neo City: Jakarta – The Link sepatutnya berlangsung selama dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI