fbpx

Keluarga teruja, bangga anak masuk ‘billboard’ universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Mekyun bersama keluarganya dihadapan 'billboard' pintu masuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

PETALING JAYA – Tiada apa yang lebih membanggakan buat kedua ibu bapa daripada melihat anaknya berjaya ketika melanjutkan pengajian di menara gading.

Perkara itu jelas dapat dilihat menerusi perkongsian di media sosial Mekyun apabila wajahnya terpampang di ‘billboard’ pintu utama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor.

Berkongsi momen tersebut, dia sempat mengambil gambar bersama ahli keluarga yang bangga dan teruja dengan pencapaiannya di hadapan ‘billboard’ berkenaan.

“Masih tak percaya Mekyun masuk ‘billboard’ universiti sendiri. Saya rasa sangat bangga dengan diri sendiri, pencapaian dan dimana saya telah berada sekarang.

“Ini semua untuk keluarga, kawan-kawan dan kamu semua. Mekyun sayang sangat dekat kamu semua,” kata graduan Ijazah Kejuruteraan Elektrik itu.

Rata-rata alumni UTHM turut mengucapkan tahniah kepada Mekyunnnn dan memuji pencapaian yang dimilikinya.

Terdapat juga komen ditinggalkan oleh pelajar yang menjadikan Mekyunnn sebagai idola untuk mereka belajar bersungguh-sungguh.

“Saya junior di UTHM, tiap-tiap hari lalu situ. Rasa makin bersemangat nak belajar sebab dengar kata akak pun asal dari Kelantan,” kata nginn_0908.

Mekyun yang merupakan anak kelahiran Kelantan berbangsa Cina, sering menjadi perhatian susulan perkongsian videonya bercakap dalam loghat Kelantan bersama ahli keluarga di media sosial.

Sehingga kini, video tular tersebut telah meraih sebanyak 888,200 penonton, 88,100 tanda suka dan 374 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI