fbpx
Orang ramai menterbalikkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai terlibat dalam satu kemalangan dengan seorang penghantar makanan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, semalam.

[VIDEO] 3 ditahan terbalikkan Myvi di Masai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dengan insiden menterbalikkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dilaporkan berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai bermula pukul 10.45 pagi, hari ini.

Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 24 tahun.

“Polis maklum sebuah video tular berdurasi 38 saat yang menunjukkan berlakunya kekecohan di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai berpunca daripada kemalangan antara sebuah kereta dan seorang penghantar makanan.

Berita berkaitan: [VIDEO] Mengejek, langgar penghantar makanan punca Myvi diterbalik

“Dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil.

“Buat waktu ini, polis masih menyiasat apakah punca orang ramai bertindak merusuh dan menterbalikkan kereta yang dipandu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, ketiga-tiga suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Buat waktu ini, polis masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan berkenaan.-KOSMO! ONLINE

POPULAR