fbpx

PRU15: Syed Saddiq pertahan kerusi Parlimen Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq.

MUAR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mempertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman oleh Pengarah Pilihan Raya Muda Amira Aisya Abd Aziz di sini malam ini, sekali gus menjadikan Syed Saddiq calon kelima dari Muda yang akan bertanding pada PRU15.

Syed Saddiq merupakan penyandang Parlimen Muar selama sepanggal dan merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan.

Pada PRU14, Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim (Barisan Nasional) dan Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi.

Selain Parlimen Muar, Muda turut mengumumkan empat calon yang akan bertanding menggunakan logo parti itu.

Mereka adalah Muhammad Danial Abdul Majeed di kerusi Parlimen Kepala Batas; Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang), Lim Wei Jiet (Tanjung Piai) dan Shahrizal Denci bagi Kota Marudu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI