fbpx

PRU15: Noh tidak dicalonkan semula kerusi Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Habibah dan Noh.

PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar tidak dicalonkan semula bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerusi yang disandang Noh sebelum ini telah digantikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd. Yusof.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Barisan Nasional (BN) malam ini, nama Noh dilihat tiada dalam mana-mana senarai kerusi bagi tujuh kawasan Parlimen yang belum diumumkan sebelum ini.

Mengikut rekod, Noh yang juga Pengerusi BN Selangor telah bertanding sebanyak enam kali dalam Pilihan Raya Umum dan memenangi kesemuanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI