fbpx

PRU15: BN Perlis kekalkan 90 peratus penyandang kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain itu, sembilan daripada 10 penyandang kerusi DUN dari Barisan Nasional (BN) di negeri ini dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi sama.

Kerusi DUN tersebut adalah Titi Tinggi, Beseri, Chuping, Mata Ayer, Santan, Bintong, Kayang, Tambun Tulang dan Simpang Empat.

Hanya penyandang bagi DUN Pauh, Rozieana Ahmad dipilih bertanding di DUN Guar Sanji.

Pengumuman 15 calon DUN itu dibuat oleh Azlan pada sidang media di Kompleks DUN di sini sebentar tadi.

Menurut Azlan, kira-kira 72 peratus daripada kesemua 15 calon BN yang dipilih itu merupakan lulusan universiti.

“Calon-calon ini juga telah melepasi saringan yang telah dibuat dengan begitu teliti oleh (BN) pusat.

“Mereka ini merupakan calon yang telah memenuhi syarat ditetapkan iaitu syarat WALI iaitu ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (diterima) serta ‘likeable’ (disenangi),” katanya.

Semalam, BN mengumumkan calon muka baharu bagi tiga kerusi Parlimen di negeri ini iaitu Datuk Zahida Zarik Khan bagi Parlimen Padang Besar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya (Kangar) dan Datuk Rozabil Abd. Rahman (Arau).

Pada PRU14, BN menang di Parlimen Padang Besar dan Arau serta 10 DUN iaitu Bintong, Kayang, Tambun Tulang, Simpang Empat, Pauh, Mata Ayer, Chuping, Santan, Beseri dan Titi Tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI