fbpx

Nadiyah Shahab jarang berlakon, bukan dihalang suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Nadiyah, dia enggan membiarkan suaminya, Ben Ali menguruskan perniagaan diusahakan mereka secara sendirian.

PETALING JAYA – Aktres jelita Nadiyah Shahab menjelaskan dia tidak meninggalkan dunia lakonan, namun buat masa ini terpaksa memperlahankan karier seni demi membantu suami melebarkan perniagaan mereka.

Ujar Nadiyah, 31, keputusan tersebut diambil kerana enggan membiarkan suami, Ben Ali menguruskan perniagaan Absolut Brands Sdn. Bhd. yang dibangunkan bersama seorang diri.

“Suami tidak halang saya aktif berlakon. Cuma kadang-kadang suami ada juga bersuara, adakah hanya dia yang perlu menguruskan banyak kerja lain.

“Memang teringin nak kembali aktif berlakon tetapi masa sangat mencemburui saya tambahan pula tempoh penggambaran selalunya ambil masa sangat lama.

“Tidak adil untuk saya meninggalkan Ben seorang diri menguruskan perniagaan yang kami bina bersama selama ini. Kalau dia buat hal sama, saya pun akan marah juga,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambahnya, acara yang dianjurkan oleh syarikatnya juga terlalu banyak sehingga tiada masa untuknya memberi fokus untuk bidang lakonan.

“Selepas habis penggambaran drama Roxy, berderet-deret acara kami anjurkan termasuk bazar raya dan terbaharu, festival muzik. Memang padat.

“Jadi, sebagai seorang isteri dan rakan sekerja, saya perlu ‘faham-faham sendirilah’ apa yang dimaksudkannya itu,” katanya lagi.

Mengimbau semula, Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab mendirikan rumah tangga dengan Ben di Singapura pada 10 November 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI