fbpx

Seteru Malaysia adalah seteru calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon BN bersumpah akan menjalankan khidmat dan tugas dengan penuh amanah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL) malam tadi.

PETALING JAYA – Kesemua 222 calon Barisan Nasional (BN) bersumpah akan menjalankan khidmat dan tugas dengan penuh amanah dengan menganggap seteru Malaysia adalah seteru mereka jika dipilih untuk meneraju kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kata-kata itu diucapkan dalam ikrar sumpah setia sebaik nama mereka diumumkan sebagai calon BN PRU15 yang dipimpin Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Jika saya khianat amanah ini, dengan menyalahgunakan kuasa, terlibat rasuah atau menyimpang dalam apa jua bentuk sekali pun untuk mendapat laba dan harta dunia maka pemilkan dan perbelanjaan yang saya kerjakan itu adalah haram seharam-haramnya.

“Saya juga berbaiah dan bersumpah untuk mematuhi segala terma-terma dalam kontrak saya dengan parti sebagaimana telah ditandatangani serta akan meletakkan jawatan daripada menjadi ahli Dewan Rakyat jika saya keluar atau dipecat daripada parti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI