fbpx

PRU15: Wan Ahmad Fayhsal calon PN Parlimen Machang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fayhsal

KOTA BHARU – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Negeri Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Wan Ahmad Fayhsal akan melawan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang juga penyandang kerusi Parlimen itu dan Mejar Besar Muhammad Seman daripada Gerakan Tanah Air.

Kerusi Parlimen Machang merupakan kubu kuat bagi Barisan Nasional (BN) Kelantan apabila Ahmad Jazlan telah memenangi kerusi tersebut dalam dua kali pilihan raya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI