fbpx

PRU15: Wakil BN Parlimen Bukit Bendera diganti calon lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Parti Cinta Malaysia (PCM) mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) dari parti itu bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera mungkin akan digantikan dengan calon lain untuk bertanding sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya telahpun mengadakan perbincangan mengenai pertukaran calon bagi mewakili BN di kerusi berkenaan semalam.

“Kita sudah adakan perbincangan, kemungkinan besar calon di kerusi Parlimen Bukit Bendera akan digantikan dengan calon lain.

“Kita telah laksanakan tapisan-tapisan bagi calon sesuai dan calon yang bakal mewakili kita nanti ialah anak tempatan Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, BN mengumumkan Razalif Mohd. Zain dari parti PCM akan bertanding mewakili parti itu di kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, sejak awal pagi ini timbul desas desus mengenai kemungkinan pencalonan Razalif bagi mewakili BN di kerusi berkenaan dibatalkan serta diganti dengan calon lain.

Beritahu Cheng Guan, beliau akan mengumumkan calon baharu bagi kerusi berkenaan pada tengah hari ini.

“Saya sendiri akan buat pengumuman menerusi kenyataan mengenai calon baharu nanti,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI