fbpx

PRU15: Ustaz Kazim tarik diri jadi calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim

IPOH – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias ataupun dikenali sebagai Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding di kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum (PRU15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, calon terbaharu yang dipilih bagi menggantikan pendakwah tersebut ialah Ketua Koordinasi Komunikasi BN, Mohd. Syafiq Fhadly Mahmud.

“Ustaz Kazim menarik diri pada saat-saat akhir,” katanya ketika mengumumkan calon BN Perak pada PRU15 di sini hari ini.

Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan Ustaz Kazim sebagai calon parti tersebut bagi PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI