fbpx

PRU15: Nama Nik Abduh, Che Abdullah sah digugurkan PN Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Abduh

KOTA BHARU – Pas menggugurkan dua nama penyandang ahli Parlimen di Kelantan iaitu Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Negeri Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Beliau mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Mumtaz Md. Nawi dicalonkan bagi Parlimen Tumpat menggantikan Che Abdullah.

Menurutnya, penyandang ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh pula digantikan dengan Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd. Syahir Che Sulaiman.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Che Abdullah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Wan Johani Wan Hussin dan Pakatan Harapan (PH), Datuk Nordin Salleh dengan majoriti 17,500 undi.

Bagi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh pula menang dengan majoriti 3,292 undi mengalahkan calon BN, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Mohd Zulkifli Zakaria daripada PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI