fbpx

PRU15: BN enggan dibayangi Ali Rustam di Hang Tuah Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ridhwan.

MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali akan membuktikan kepercayaan diberikan rakyat adalah atas kapasiti dirinya tanpa menumpang populariti bapa, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Katanya, pelbagai usaha dan bakti telah disemaikan di kawasan itu sejak empat tahun lalu apabila memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian.

“Saya sering diajukan soalan ini dan dikaitkan dengan Tun Mohd. Ali, namun sejak menjadi Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya empat tahun lalu, apa yang kita laksanakan adalah untuk membina kapasiti sendiri.

“Untuk bergerak membawa mandat rakyat bukanlah kerja satu individu tetapi berpasukan dan pencapaian yang dibuat oleh pasukan terdahulu sudah semestinya akan memberi kelebihan kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar di Pejabat BN Parlimen Hang Tuah Jaya di Bukit Katil, di sini, hari ini.

Tambahnya, kejayaan BN memegang tampuk kepimpinan sebelum ini juga adalah satu rekod pencapaian yang membanggakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI