fbpx

Nissan Fairlady 350z dilelong RM35,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana sesi bidaan dalam Majlis Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri Dua tahun 2022 di Dewan Merpati JPJ WPKL, hari ini.

KUALA LUMPUR -Nissan Fairlady 350Z antara kenderaan yang dilelong Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri Dua tahun 2022 di Dewan Merpati JPJ WPKL, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, sebanyak 49 kenderaan telah berjaya dilelongkan dan mendapat kutipan keseluruhan sebanyak RM 285,750.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, lelongan siri satu Mac lalu berjaya mengutip RM385,246 terdiri daripada 91 buah kenderaan boleh dilesenkan dan enam buah kenderaan tidak boleh dilesenkan.

Jelasnya, lelongan kenderaan sita kali ini melibatkan sebanyak 29 kenderaan boleh dilesenkan dan 20 kenderaan lagi jenis tidak boleh dilesenkan.

“Lelongan kali ini, bagi kategori jenis kenderaan yang tidak boleh dilesenkan, sebuah lori dibida dengan harga tertinggi sebanyak RM17,100.

“Bagi kategori kenderaan yang boleh dilesenkan, sebuah kereta jenis Nissan Fairlady 350Z dibida dengan pada harga tertinggi sebanyak RM35,600,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaki, Sebanyak RM680,996 berjaya dikutip hasil keseluruhan majlis Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri Satu dan Dua tahun ini.

Jelasnya, hanya peserta-peserta yang telah membeli Dokumen Penjualan Lelong dan mendatangani perakuan menyertai lelongan sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian dalam penjualan lelong tersebut.

“Pembida yang menawarkan harga yang tertinggi adalah pembida yang berjaya dan harga kenderaan adalah tertakluk kepada harga minimum yang ditentukan.

“JPJ juga berhak menarik balik kenderaan tersebut jika pihaknya tidak berpuas hati atas harga yang ditawarkan atau harga tidak mencapai harga minimum yang ditentukan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI