fbpx

14 orang ditembak pada malam Halloween

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHICAGO – Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk tiga kanak-kanak ditembak dalam serangan pandu lalu malam kelmarin di sebuah persimpangan sibuk di Chicago ketika orang ramai berkumpul untuk acara berdoa, manakala polis masih memburu penembak, lapor stesen penyiaran CNN.

Dua orang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna gelap melepaskan tembakan pada malam Halloween ke arah orang ramai yang berkumpul di California Avenue dan Polk Street sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan) sebelum kenderaan itu meninggalkan tempat kejadian.

Mangsa ke-15 iaitu seorang wanita, cedera apabila sebuah kenderaan melanggarnya ketika dia cuba melarikan diri dari tempat kejadian, kata polis.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, seorang budak perempuan berumur 11 tahun dan budak lelaki berusia 13 tahun merupakan antara mangsa yang ditembak”, kata polis.

Mangsa-mangsa yang cedera sedang dirawat di beberapa buah hospital. Dua mangsa kritikal, lima orang cedera serius, enam cedera ringan dan seorang lagi tidak pasti, demikian menurut pihak berkuasa setakat pagi semalam. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI