fbpx

Tren 100 gerabak panjang hampir 2 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai merakam gambar kereta api sepanjang 1.9 kilometer dengan 100 gerabak ketika ia melintasi kawasan dekat Bergun, 29 Oktober lalu. – AFP

BERN, SWITZERLAND – Sebuah syarikat perkhidmatan kereta api di Switzerland mencatat rekod dunia kategori kereta api penumpang terpanjang di dunia, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin

Tren tersebut melakukan perjalanan merentasi Banjaran Alps pada Sabtu lalu.

Kereta api sepanjang 1.9 kilometer milik syarikat Rhaetian Railway itu melakukan perjalanan di sepanjang laluan Albula-Bernina dari bandar Preda ke Bergun dengan terdiri daripada 100 buah gerabak.

Laluan tersebut diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2008. 

Ia merentasi 22 terowong dengan sebahagian daripadanya berpusing menerusi kawasan pergunungan serta melintasi 48 jambatan termasuk Landwasser Viaduct yang mempunyai bentuk melengkung.

“Ketika pandemik Covid-19, kami kehilangan 30 peratus penumpang, justeru, syarikat cuba melaksanakan sesuatu menarik bagi meningkatkan kesedaran dan lawatan di laluan tapak Warisan Dunia UNESCO ini.

“Percubaan memecah rekod dunia ini merupakan alasan dan medium terbaik untuk kami menunjukkan kepada seluruh dunia mengenai laluan kereta api yang mempunyai pemandangan indah ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rhaetian Railway, Dr. Renato Fasciati.

Keseluruhan perjalanan kereta api itu mengambil masa  lebih sejam. Orang ramai turut berbaris di tepi kawasan lembah untuk menyaksikan kereta api tersebut melalui Banjaran Alps.

Fasciati berkata, percubaan memecah rekod dunia itu diharap dapat menarik minat orang ramai di seluruh dunia untuk melancong ke Switzerland. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI