fbpx

Shahidan, Tajuddin dan Zahidi tiada dalam senarai calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Shahidan, Tajuddin dan Zahidi.

PETALING JAYA – Desas-desus beberapa nama besar dalam Barisan Nasional (BN) tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terjawab malam ini.

Antara nama yang tidak disenaraikan semula sebagai calon BN di kawasan masing-masing ialah penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Turut tiada dalam senarai ialah Penyandang Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau) dan Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar).

Begitu juga penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Dr. Adham Baba (Tenggara) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Bagaimanapun masih terdapat beberapa kerusi yang menimbulkan kontroversi seperti kerusi Parlimen Jempol dan Maran belum diumumkan.

Senarai calon BN untuk kerusi Parlimen PRU15 dibacakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN