fbpx

Rempuhan Itaewon, Nmixx tangguh jumpa peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN NMIXX

KEJADIAN rempuhan yang meragut nyawa di Itaewon hujung minggu benar-benar memberi kesan kepada kumpulan Nmixx untuk mengadakan perjumpaan peminat pada hari sama kejadian.

Pada 27 Oktober, Nmixx memuat naik video Halloween dalam saluran YouTube dengan mengumumkan perjumpaan peminat pada 30 Oktober.

Walau bagaimanapun, semua video dan gambar yang telah dimuat naik hilang pada Ahad lalu.

Hal ini mempunyai kaitan dengan kemalangan besar yang melanda Itaewon minggu lepas.

Terdahulu, seramai 100,000 orang telah menghadiri Itaewon Halloween bagi menyambut upacara tahunan itu.

Menurut bomba, sekitar pukul 10 pagi pada 30 Oktober lalu seramai 151 orang terbunuh dalam rempuhan yang berlaku dalam sambutan berkenan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI